Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia secara rasmi melancarkan hab baharunya di Pulau Lombok, Daerah Nusa Tenggara Barat Indonesia.
Hab terbaharu ini adalah sebahagian daripada sokongan kepada usaha kerajaan Indonesia dan Kementerian Pelancongan negara itu untuk membangunkan Lombok sebagai salah satu daripada ‘10 Bali Baharu’.
Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya berkata, “Dalam usaha membangunkan sebuah destinasi pelancongan, saya selalu menggunakan formula: Tarikan, Akses dan Kemudahan. Formula ini juga selari dengan usaha AirAsia, terutama sekali Akses.
“AirAsia telah membuat pilihan yang tepat dengan menjadikan Lombok sebagai habnya, kerana Mandalika telah dipilih sebagai salah satu daripada ‘10 Bali baharu.’
"Dengan keindahan semula jadi dan kaya dengan warisan budaya, jumlah pelancong antarabangsa ke Lombok kini berkembang dengan lebih pesat dan kami amat menghargai kerjasama AirAsia dalam membantu kami mengembangkan sektor pelancongan Indonesia," katanya ketika merasmikan Lombok sebagai hab baharu AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Zainuddin Abdul Madjid (LOP) di sini pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia Polana B Pramesti berkata: “Pelancaran hab di Lombok oleh AirAsia Indonesia adalah satu langkah positif, terutamanya dalam meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa."
Sempena majlis perasmian ini, AirAsia juga telah memperkenalkan rekaan luar pesawat khas bagi menyokong promosi pelancongan Lombok yang memaparkan ikon pelancongan ternama tempatan seperti Gunung Rinjani dan keindahan dasar lautan di kepulauan Gili yang terletak di tenggara Lombok.
Pesawat Airbus A320 dengan kod pendaftaran PK-AXU akan memulakan perkhidmatan ke laluan baharu dari LOP ke Perth, Australia pada 9 Jun 2019 dan akan menghubungkan destinasi domestik seperti Jakarta, Yogyakarta dan Bali tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan berkata, pengumuman hari ini bukan sahaja mengembangkan jaringan hubungan domestik dan antarabangsa, tetapi juga membuka peluang pekerjaan tempatan, merangsang pertumbuhan sektor pelancongan dan menyumbang kepada kepentingan ekonomi pengunjung untuk Lombok.
"AirAsia juga akan melancarkan beberapa inisiatif kelestarian tambahan selain usaha bantuan bencana oleh Yayasan AirAsia, yang turut bekerjasama dengan Yayasan Arkom Indonesia untuk membina tempat perlindungan sementara dan kawasan kediaman di pulau itu susulan siri gempa bumi pada tahun 2018," katanya.
Tambah Kurniawan, data Kementerian Pelancongan Indonesia menunjukkan bahawa AirAsia kekal sebagai penyumbang terbesar dalam membawa pelancong antarabangsa ke republik itu, kira-kira 3.2 juta kedatangan pelancong asing atau 25 peratus daripada semua pelancong antarabangsa ke Indonesia pada tahun lalu.
"Dengan adanya dua pesawat yang berpangkalan di Lombok, pengumuman hari ini mengukuhkan lagi komitmen AirAsia dalam menyokong sektor pelancongan Indonesia dan membantu membangunkan Lombok untuk menjadi salah satu daripada ‘10 Bali Baharu’," katanya.
Lombok merupakan hab kelima AirAsia di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Medan dan Bali.
Sejak memulakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Lombok pada tahun 2012, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada satu juta pelancong antarabangsa ke pulau tersebut.
Jadual Penerbangan Lombok - Perth
Bermula 9 Jun 2019
Jadual Penerbangan Lombok - Kuala Lumpur
Bermula 8 Mei 2019
Malik Ridhwan
Thu May 02 2019
Wakil kerajaan Indonesia dan pimpinan tertinggi AirAsia bergambar kenangan berlatar belakang pesawat khas 'I Love Lombok' di Lapangan Terbang Antarabangsa Zainuddin Abdul Madjid, Pulau Lombok, Daerah Nusa Tenggara Barat Indonesia. - Gambar AirAsia
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Lombok hab baharu AirAsia di Indonesia
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia secara rasmi melancarkan hab baharunya di Pulau Lombok, Daerah Nusa Tenggara Barat Indonesia.